Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 21, 2012

Polis bantuan tiada kuasa soal siasat


Polis bantuan yang ditempatkan di pusat-pusat beli-belah hanya mempunyai kuasa menahan penjenayah dan sebarang tindakan lanjut perlu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, mereka tidak diberi kuasa untuk menyoal siasat.
"Kehadiran polis bantuan di pusat beli-belah ini merupakan satu usaha yang dijalankan bagi membantu PDRM mencegah serta mengurangkan kes-kes jenayah di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini semalam.
Mortadza berkata, 22 polis bantuan dari pusat beli-belah di ibu kota adalah antara 97 peserta yang menjalani latihan di Pulapol ketika ini.
MORTADZA (dua dari kanan) memeriksa perbarisan anggota polis bantuan yang sedang menjalani latihan di Pulapol, Kuala Lumpur
Latihan yang diberikan antaranya, kursus kawad, latihan jasmani, seni mempertahankan diri, menembak, undang-undang, penyeliaan dan rondaan bagi meningkatkan kemahiran pelatih-pelatih polis bantuan daripada pelbagai agensi

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive