Pengikut Boyzzonne

Wednesday, July 18, 2012

Terengganu umum ‘bonus’ juara Sukma

Keriangan terserlah pada wajah kontinjen Terengganu apabila dinobatkan Juara Keseluruhan Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 pada majlis penutupan sukan itu
Baru sahaja dinobatkan sebagai juara Sukan Malaysia (Sukma) empat kali berturut-turut, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sekali lagi membuat kejutan dengan pengumuman penubuhan Akademi Ragbi bagi rakyat negeri ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri melihat potensi besar sukan itu dan kini sedang
mengintai jurulatih dari New Zealand.

“Baru-baru ini saya sudah berbincang dengan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand Ke Malaysia untuk membantu Terengganu mencari jurulatih ragbi yang bersesuaian dari negara itu.

“Kalau boleh kita mahu dapatkan bekas pemain All Blacks kerana kita akan tubuhkan akademi, melibatkan potensinya untuk dikembangkan. Sukan ragbi juga kuat, cuma sekarang kita perlukan jurulatih yang berwibawa.

“Seboleh-bolehnya kita mahu secepat mungkin bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, terpulang kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk menguruskannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Robocon 2012 peringkat Kebangsaan yang diadakan di Stadium Negeri di sini, semalam.


Sementara itu, ketika tiba di sempadan Terengganu, iaitu Kemaman-Kuantan pada jam 11.30 pagi semalam, Ahmad mengisytiharkan cuti peristiwa sehari pada Ahad ini bagi negeri ini, sempena kejayaan kontinjen Terengganu pada Sukma ke-15.

Terengganu yang mengutip 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa muncul juara Sukma Pahang 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang diraih sejak Sukma

Terengganu 2008, Sukma Melaka 2010 dan Sukma Kuala Lumpur 2011.

Sementara itu, jika mengikut insentif yang diwujudkan Kerajaan Negeri sejak Terengganu menjadi tuan rumah Sukma pada 2008, pemenang pingat emas akan menerima tunai RM5,000; perak, RM3,000 dan gangsa RM2,000.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive