Pengikut Boyzzonne

Friday, July 20, 2012

Kes bunuh Yong Ching, bongkar mangsa bunuh kedua


 Dua lelaki Pakistan yang ditahan kerana disyaki membunuh ejen hartanah, Tong Yong Ching di Petaling Jaya selepas menyamun mangsa turut mengaku melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi mangsa lain pada Jun lalu.
Kedua-dua suspek membabitkan pengawal keselamatan dan
pelajar kolej itu ditahan pada 7 Julai lalu selepas dia dikesan cuba menggunakan kad kredit Yong Ching, 45, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 5 Julai lalu.
Ekoran penahanan suspek itu, polis menemui Yong Ching sudah dibunuh dan mayatnya ditemui dicampak ke kawasan semak di kawasan Ara Damansara pada 12 Julai.
Satu sumber memberitahu, siasatan terhadap kedua-dua suspek itu turut membongkar pembabitan suspek dalam kes pembunuhan seorang pengusaha sebuah syarikat percetakan, Cheng Kok Seng, 31.
Sebelum itu, Kok Seng yang berkahwin dengan wanita Vietnam dilaporkan hilang pada pukul 2 petang, 20 Jun lalu oleh keluarganya selepas keluar dari premis perniagaannya di Sungai Buloh, Selangor.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive