Pengikut Boyzzonne

Wednesday, September 5, 2012

Remaja Wanita Dihukum Rotan Kerana Berzina


MALE, Maldives – Sebuah mahkamah di Maldives menjatuhkan hukuman rotan di khalayak ramai ke atas seorang remaja wanita berusia 16 tahun selepas dia mengaku
berzina, kata beberapa pegawai semalam.
Remaja yang tidak dinamakan itu didapati bersalah selepas dia membuat pengakuan menerusi undang-undang syariah.
Pengakuan itu dibuat selepas keluarganya mengadu bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki berusia 29 tahun pada Julai lalu.
Lelaki tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun berdasarkan peruntukan undang-undang sivil di sebuah mahkamah di daerah Raa atoll pada Ahad lalu kerana melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.
Seorang pegawai mahkamah berkata, gadis itu boleh menolak untuk melakukan hukuman sebat di khalayak ramai untuk digantikan dengan hukuman tahanan rumah selama lapan bulan di bawah undang-undang tempatan.
Mahkamah mengarahkan hukuman rotan itu dilakukan apabila gadis itu berusia 18 tahun. – AFP

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive