Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 13, 2012

Anjing Selamat Kerana Facebook

anjing
Tennesse – Sekeping gambar yang dimuat naik dalam Facebook berjaya menyelamatkan nyawa seekor anjing selepas kepalanya terperangkap dalam bekas plastik.
Menurut seorang wanita yang menyelamatkan anjing berkenaan, Jess McClain, anjing berkenaan tidak mampu berbuat apa-apa malah ia juga tidak berupaya makan, minum atau melawan jika diserang.
“Ia umpama manusia yang diikat tangan dan kaki, begitu juga dengan
anjing berbabit,’’ katanya.
Anjing itu diselamatkan selepas beberapa hari seorang wanita, Gersham memuatnaik gambar binatang berkenaan dalam facebook.
“Anjing ini melarikan diri ke dalam hutan, saya tidak sempat membuka bekas plastik itu,’’ tulisnya dalam facebook berkenaan.
Berikutan itu, usaha mencari anjing berkenaan dilancarkan sejak Jumaat.
Menurut Gresham, dia cuba membantu anjing berkenaan melepaskan diri daripada bekas plastic terbabit, namun binatang berkenaan berjaya melarikan diri ke hutan.
Tidak ada sesiapa yang mengetahui sama ada bekas plastik itu sengaja diletakkan di kepala anjing berkenaan atau ia tersangkut dengan sendiri ketika mencari makanan.
Anjing itu, yang kini dikenali sebagai Miracle, selamat dan ia ditempatkan di pusat perlindungan binatang.
Usaha menyelamatkan Miracle merupakan satu contoh baik bagaimana sosial media dapat digunakan untuk perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
Gambar yang diambil oleh Gresham itu telah dikongsi oleh beratus-ratus orang di facebook.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive