Pengikut Boyzzonne

Friday, September 14, 2012

Piala Malaysia: Ketua skuad Kedah mahu Kelantan tewas

Baddrol Bakhtiar
KETUA pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar mengharapkan keajaiban menerusi kejutan yang mungkin boleh dibuat Terengganu ke atas Juara Liga Super, Kelantan bagi membuka kembali peluang skuad Kenari dalam saingan suku akhir Piala Malaysia 2012.

"Sejujurnya, saya mahu Kelantan tewas kepada
Terengganu bagi membuka peluang kami ke suku akhir," kata Badrrol melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, kekalahan kepada Terengganu tidak akan memberi seribu makna sekiranya pasukan mereka juga tewas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pertemuan terakhir Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Justeru, beliau berharap rakan sepasukannya mampu menterjemahkan peluang dengan jaringan dan tidak berputus asa untuk memecah benteng pasukan lawan.

"Pertemuan terakhir ini adalah sukar bagi pemain.

"Di atas kertas, memang kelebihan kepada ATM, namun itu semua tidak mematahkan semangat kami.

"Kami akan berusaha menterjemahkan peluang dengan jaringan dan tidak akan sesekali memberi peluang mudah kepada pihak lawan untuk menjaringkan gol," katanya lagi.

Tambah Badrrol: "Saya juga harap pemain tidak leka dan sentiasa memanfaatkan setiap peluang yang ada.

"Kelekaan di atas padang boleh membawa padah dan kesilapan juga boleh mengundang bahaya kepada pasukan.

"Jadi, berikan tumpuan sepenuhnya demi memperjuangkan nasib pasukan," katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive