KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah yang baharu dikenali sebagai Malindo Air.
Najib berkata syarikat penerbangan itu, hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2.
Usahasama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam
industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.
"Pada pendapat saya, akronim MALINDO - gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, tetapi juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.
"Daripada segi untuk menjadi syarikat penerbangan terkenal, saya percaya nama ini akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara, menerusi rangkaian penerbangan yang luas yang akan menghubungkan banyak bandar raya dan bandar di rantau ini, membuka destinasi baharu untuk pelawat di Nusantara ini dan sekitarnya," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat di sini.
Najib berkata cabaran besar dihadapi industri penerbangan hari ini adalah termasuk peningkatan ketara kos operasi,dan kenaikan harga bahan bakar, dan perkongsian pintar seperti yang dimeterai hari ini akan menawarkan pelbagai penjimatan kepada syarikat penerbangan baharu dan keefisienan daripada segi penyenggaraan pesawat serta peluang menerokai pasaran cergas oleh syarikat penerbangan tambang murah (LCC) yang baharu.
"Syarikat penerbangan perlu inovatif dan kreatif untuk membolehkannya terus mengaut keuntungan dan kekal sebagai satu perniagaan, tanpa berkompromi terhadap tahap perkhidmatan, kebolehpercayaan dan kebolehmampuan," katanya.
Mengenai unjuran dalam industri penerbangan global, Najib berpendapat aliran trafik udara dunia dijangka mengalami pertumbuhan pada kadar 5.1 peratus setahun untuk tempoh 20 tahun akan datang, manakala perjalanan udara di rantau Asia Pasifik dijangka berkembang sebanyak 6.7 peratus.
"Rantau Asia Pasifik menyumbang sebanyak 34 peratus daripada aliran trafik penumpang global dan ini dijangka meningkat hampir tiga kali ganda daripada 779.6 juta pada 2010 kepada lebih 2.2 bilion pada 2030 dengan Malaysia dijangka menyumbang 200 juta penumpang.
"Ini merupakan angka yang amat besar. Dan ia mewakili peluang amat besar bagi syarikat penerbangan dan amnya pemain industri penerbangan di rantau ini.
"Kita perlu bersedia untuk menerokai pasaran amat menguntungkan ini dan kesediaan bermakna memanfaatkannya dan melakukan perubahan pada hari ini bagi keadaan pasaran yang kita jangkakan esok," katanya.
Najib berkata penubuhan syarikat penerbangan baharu itu tepat pada masanya untuk memenuhi peningkatan permintaan pasaran, bagi penerbangan tambang murah dan rangkaian hubungan maksimum di rantau ini terutamanya antara bandar raya berlainan di Malaysia dan beberapa kawasan di Indonesia.
Katanya menerusi pengalaman luas dalam Operasi Syarikat Penerbangan, perkhidmatan MRO (penyenggaraan, membaiki dan baik pulih), Supply Chain Management and Human Capital development, NADI dan PT Lion Group bukan sahaja mampu menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan mereka di rantau ini malah juga kepada industri penerbangan global.
"Ini akan memperkukuhkan ekosistem Perniagaan Penerbangan di Malaysia dan juga di Indonesia. Lagipun perkongsian ini akan menawarkan perjalanan udara tambang murah serantau dengan persaingan sihat yang bakal memberi manfaat kepada pelawat di kedua-dua negara," katanya.
Menurut Perdana Menteri, Industri Aeroangkasa Malaysia yang telah mencatatkan pertumbuhan pesat dalam tempoh 20 tahun lepas, berada pada kedudukan baik untuk memenuhi cabaran dan memanfaatkan peluang di masa depan jika ia diperkembangkan dan dibangunkan secara berterusan.
Pada 2011, Najib berkata industri itu menjana pulangan RM26 bilion, menggaji kira-kira 54,000 pekerja, dengan 15,000 daripadanya merupakan tenaga mahir dalam pelbagai bidang.
"Ini adalah sesuatu yang kita, sebagai rakyat Malaysia, boleh berbangga, khasnya, kerana ia merupakan bukti kejayaan Pelan Induk Aeroangkasa Negara yang diperkenalkan pada 1997," katanya.
Pelan Induk itu yang menggariskan 45 cadangan meliputi pembuatan aeroangkasa, penerbangan komersil, penerbangan am, sistem dan angkasa, bagi menyediakan rangka kerja perlu untuk membangunkan Malaysia sebagai pemain aeroangkasa global daripada aspek teknologi dan daya saing menjelang 2015.
Pengenalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) meningkatkan lagi perkembangan industri aeroangkasa Malaysia, mengenal pasti dua Projek Entry Point iaitu "EPP1-Growing MRO Services" dan "EPP2-Growing Large Pure Play Engineering Services", yang dijangka menyumbang RM16.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan mewujudkan lebih 32,000 peluang kerja menjelang 2020, kata Najib. - Bernama
Tuesday, September 11, 2012
Malindo Air, syarikat penerbangan kos rendah baru Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SHARE THIS
Blog Archive
-
►
2013
(256)
- ► July 7 - July 14 (1)
- ► June 30 - July 7 (1)
- ► June 23 - June 30 (1)
- ► June 2 - June 9 (1)
- ► May 26 - June 2 (6)
- ► May 19 - May 26 (16)
- ► May 12 - May 19 (3)
- ► May 5 - May 12 (6)
- ► April 28 - May 5 (28)
- ► April 21 - April 28 (29)
- ► April 14 - April 21 (13)
- ► April 7 - April 14 (66)
- ► March 31 - April 7 (14)
- ► March 10 - March 17 (2)
- ► March 3 - March 10 (10)
- ► January 27 - February 3 (10)
- ► January 20 - January 27 (11)
- ► January 6 - January 13 (17)
-
▼
2012
(3468)
- ► December 30 - January 6 (15)
- ► December 16 - December 23 (128)
- ► December 2 - December 9 (61)
- ► October 28 - November 4 (75)
- ► October 21 - October 28 (155)
- ► October 14 - October 21 (147)
- ► October 7 - October 14 (103)
- ► September 30 - October 7 (156)
- ► September 23 - September 30 (214)
- ► September 16 - September 23 (223)
-
▼
September 9 - September 16
(206)
- Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d
- Mangsa sesat Lata Bayu maut dipatuk ular
- Umno, Pas gabung kecam Innocence of Muslims
- Lady Gaga lancar minyak wangi di New York
- Gambar separuh bogel isteri Putera William tersebar
- Video: Kalau Calven Chik Kahwin Perempuan Camni – ...
- Alyah cedera dihempap lampu
- Ayu Ditegur Peminat, Bertudung Tapi ‘Bogel’?
- Fasha ‘Disuruh’ Peminat Jadi Seperti Fouziah Gous?
- Risiko Meminum Teh Panas & Teh Ais
- Rozita Che Wan Sudah Ada Facebook, Jom Add Ramai-R...
- Gambar Putera William & Middletone Di Taman KLCC
- Pelajar melecur barbeku meletup
- Kelantan balas dendam, benam Terengganu 6-1
- Tangisan bayi di sisi mayat ibu
- Tubuh ghaib kaki terjulur
- Sasa tiada power | Badan berketul nafsu tkde
- VIDEO: Misteri Lelaki ‘Dirasuk’ Di Pasaraya
- Peniaga Maut,Isteri Parah Ditikam Perompak
- Pelajar 15 tahun ditahan berasmara di belakang sek...
- Piala Malaysia: Ketua skuad Kedah mahu Kelantan tewas
- REMAJA PEREMPUAN BERUSIA 14 TAHUN LAKUKAN ROMPAKAN...
- Rupa Sebenar Seekor Berudu
- Rupa Barrack Obama Jika Berkulit Putih
- APPLE PERKENALKAN IPHONE 5|SPESIFIKASI IPHONE 5
- Filem warna pertama ditayangkan
- Pengorbanan ibu: Sanggup 'main' najis anak
- Tebuan tanah dalam siling
- Meraung kaki berlipat
- Pelajar nasi lemak kembali ke sekolah | Minat bela...
- 15 pelajar bantai Guru disiplin
- Tupai terbang jadi perhatian di Kelantan
- Inilah Tembok Besar China Paling Hujung
- Remaja Hampir Maut Akibat Serangan Pitik
- Biar Benar Paris Hilton Memeluk Islam?
- Tips-Tips Penjagaan Kain Baju
- GADIS KURUSKAN BADAN UNTUK SEKS
- TOY R US KELUARKAN KOMPUTER TABLET UNTUK KANAK KANAK
- 'Toyol kabel' kantoi dipenjara 31 bulan
- FOTO: Pemuda Sanggup Panjat Tingkap, Cium Seluar D...
- Pemandu cemas terjun treler
- Petua Hilangkan Calar Pada Cermin Jam
- RAJA PENIPU TIDURI 2,500 WANITA
- Membunyikan Leher Dan Jari Berbahaya??
- Dibedah Kerana Gian Main SMS
- 8 Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik
- Kisah Sebenar Barbarossa, Dari Lanun Kepada Jihad
- Bila Mangsa Rogol Cuba Dijejaki Kembali Oleh Si Pe...
- Anjing Selamat Kerana Facebook
- Anjing Tertinggi Dicatatkan Dalam Guiness Book
- Kisah Yasmin Menyentuh Hati Masyarakat
- Penyakit Misteri Seorang Wanita Akhirnya Terjawab
- Betul ke naga yang disembelih lelaki ni?
- Gambar Keganasan Ke Atas Haiwan Oleh Gadis-Gadis C...
- Gambar seorang budak kurang upaya yang dermawan
- Kisah menarik tentang seorang gadis bernama Loo Jo...
- Polis Cantik Ber-Roller-Blade siap Menangkap Penye...
- Penyeluk Saku Pun Mampu Bina Istana Sendiri
- Kisah Panas Si Gadis Gersang Dengan Suami Orang
- Gambar Kehidupan Mangsa Asid Dari Pakistan Yang Ke...
- Gambar Kesian Dah Tersepit Di Perkosa Pula
- Gambar Kemalangan Kapal Terbang Yang Jarang Berlaku
- Pemandu fikir tangga yang dilaluinya itu parking b...
- Model jepun melancarkan derma sambil meramas payud...
- Gambar Bila Cameraman Jepun Jumpa Awek Seksi
- Wanita Tengok Ni,Hati-hati ketika gunakan tandas awam
- Ada Sesuatu Yang Pelik Pada Payudara Awek Seksi ni
- Gambar Sekitar Majlis Sambut Menantu~ Ustaz Don Da...
- Erin Malek bertatu untuk tatapan umum bukan untuk ...
- Diana Danielle telah menubuhkan sebuah band rock baru
- Balasan Akibat Memainkan Perasaan wanita
- Apabila Kedai Pakaian Dalam Dibuka Di Arab
- Pak Arab jual anak menerusi Facebook
- Bumiputera Rockers (BPR) Cipta Nama Bermula Di Fun...
- Kepayahan yang di alami oleh orang kidal
- Gambar lalat yang boleh bertelur dalam kulit manus...
- Zizan bakal sertai stesen radio Era FM
- William dan Catherine tiba di Singapura
- CCTV rakam rompakan kedai emas
- Gambar seorang lelaki berbadan sasa membuat peruba...
- Maut angkara cinta ditolak | Jatuh dari tingkat 23
- Pelajar tidak dibenar ambil UPSR
- Ini semua kerana anorexia dan itu baru anda sedar ...
- Pelik Betul Awek Lelaki Ni,Tak Pakai Baju Pun Tak ...
- Kenyataan Bodoh Awek Melayu,Takut Tak Comel Kalau ...
- Cara Mencegah Kereta Dari Di Curi Dengan Cara Yang...
- 10 fesyen wanita terburuk di Asia!
- Di Indonesia Polis Wanita Menjual Jamu
- Wah.. Hebat!! Sekarang Lee Chong Wei pakai kereta ...
- Budak Sekolah Ganti Drebar Bas Yang Sakit Jantung
- Gambar Tangki Shopping Mall Pecah Ikan Jerung Berl...
- Gambar Seorang lelaki Di Hentak Dengan Batu Oleh P...
- Wanita Seksi Di Raba Ketika Mengeluarkan Wang Di M...
- Pakai Ratai Salib Tapi Berdindingkan Nama ALLAH
- Canggih Mesin ATM Tanpa Kad Bank Hanya Guna Tangan...
- Malindo Air, syarikat penerbangan kos rendah baru ...
- Gambar Mesin ATM Pertama Keluarkan Emas
- Mesin pembuat jalan mampu siapkan jalan dalam masa...
- Bergaduh gara-gara pekasam
- Gambar Kelakuan Pelik Pelajar Yang Tinggal Di Asra...
- ► September 2 - September 9 (168)
- ► August 26 - September 2 (151)
- ► August 19 - August 26 (128)
- ► August 12 - August 19 (94)
- ► August 5 - August 12 (198)
- ► July 29 - August 5 (159)
- ► July 22 - July 29 (106)
- ► July 15 - July 22 (79)
- ► July 8 - July 15 (90)
- ► July 1 - July 8 (95)
- ► June 24 - July 1 (78)
- ► June 17 - June 24 (127)
- ► June 10 - June 17 (71)
- ► June 3 - June 10 (14)
- ► May 27 - June 3 (70)
- ► May 20 - May 27 (47)
- ► May 13 - May 20 (5)
- ► May 6 - May 13 (3)
-
►
2011
(213)
- ► October 9 - October 16 (20)
- ► August 28 - September 4 (27)
- ► April 3 - April 10 (32)
-
►
2010
(39)
- ► August 22 - August 29 (10)
- ► August 1 - August 8 (8)
No comments:
Post a Comment