Pengikut Boyzzonne

Friday, September 14, 2012

Tebuan tanah dalam siling

tebuan tanah
PASIR PUTEH - Kebimbangan keluarga dengan kemunculan sekumpulan tebuan tanah dalam rumah mereka sejak sebulan lalu berakhir apabila anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pasir Puteh berjaya mengesan sarang serangga berbahaya itu malam kelmarin.

Ghazali Salleh, 32, berkata, dia yang risau dengan kehadiran tebuan tanah berterbangan di sekitar rumah ayahnya melaporkannya kepada JPAM.

“Saya sangat bimbang kerana sengatan tebuan ini boleh membawa
maut sedangkan saya tidak tahu kaedah betul bagi menghapuskannya.

“Keluarga saya ketakutan kerana mereka kerap kali mendengar berita mengenai kes kematian disebabkan sengatan tebuan jenis ini,” katanya.

Ghazali berkata, pada awalnya dia tidak berasa bimbang kerana hanya terdapat sebilangan kecil tebuan berterbangan di sekitar rumah.

“Apabila serangga itu terus berlegar di dalam rumah lebih sebulan, saya mengesyaki tebuan membuat sarang di sekitar rumah yang memaksa saya melaporkannya kepada JPAM untuk tindakan segera,” katanya.

Pegawai Pertahanan Awam, Leftenan Muda Samsuddin Jaafar berkata, beliau bersama tiga anggota ke rumah tersebut selepas menerima laporan jam 4.30 petang.

Katanya, keluarga tidak menyedari tebuan tanah membuat sarang dalam rumah itu sejak lebih sebulan lalu.

“Sarang itu merupakan tempat menyimpan larva, tebuan yang berterbangan itu bertindak sebagai pengawal bagi melindungi sarang mereka.

“Kami berjaya mengesan sarang itu di dalam siling selepas membaca gerak-geri tebuan pengawal dan terpaksa memecahkan siling tersebut untuk memusnahkan sarang,” katanya.

Kerja memusnahkan sarang tebuan tanah perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana tebuan pengawal boleh menyerang bila-bila masa sahaja.

Beliau percaya, tebuan memasuki rumah untuk membuat sarang dari lubang bahagian luar rumah yang menyebabkan penghuni rumah tidak menyedarinya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive