Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 13, 2012

Diana Danielle telah menubuhkan sebuah band rock baru


Baru-baru ini khabar berita kononnya aktres berdarah kacukan, Diana Danielle telah menubuhkan sebuah band rock baru. Dalam band yang dianggotai seramai lima anggota wanita ini, Diana bertindak sebagai vokalis dan juga gitaris.
Bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara ini, telah ditemubual tunang kepada Farid Kamil ini ketika Majlis Pelancaran Filem-Filem 2012/2013 Grand Brilliance, di Perkarangan Sri Pentas, petang semalam.
“Memang saya terlibat dengan sebuah band rock namun itu semua hanya untuk filem terbaru lakonan saya berjudul, ‘Kami Histeria’. Filem terbitan Red Films ini dibintangi oleh saya, Sara Ali, Mila Jirin, Nad Zainal dan Umi Omar.
“Selain itu, filem ini juga turut menampilkan Afdlin Shauki dan juga Fazura. Tidak dinafikan memang susah dan mencabar kerana saya perlu bermain gitar, namun ia satu projek yang menerujakan kerana terdapat unsur komedi, seram dan muzikal dalam filem ini.”
Dalam perkembangan lain, Diana juga bakal muncul dengan filem ‘Sembunyi’ terbitan Grand Brilliance pada 22 November 2012. Ditanya mengenai reaksinya apabila judul filem tersebut ditukar dari ‘Azazil’ kepada ‘Sembunyi’, Diana menjawab, “Saya tak boleh nak komen banyak tapi bagi saya, judul Azazil itu dah cukup kuat untuk tarik orang datang ke pawagam.
“Lagipun bunyinya juga sedap dan saya pasti orang juga tahu Azazil itu apa. Mungkin ada segelintir yang merasakan nama itu terlalu agresif dan untuk selamat, pihak penerbit memilih untuk menukar nama tersebut,” ujar Diana mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive