Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 13, 2012

Penyakit Misteri Seorang Wanita Akhirnya Terjawab


London – Selama berbulan-bulan doktor di sebuah hospital bekerja keras bagi mengesan penyakit misteri yang dialami oleh seorang wanita.
Dia bukan sahaja mengalami penyakit darah beracun, malah turut muntah-muntah dan mengalami tekanan darah rendah sehingga terpaksa dimasukkan ke unit kecemasan (ICU).
Keadaannya bertambah teruk walaupun pelbagai
ubat antibiotik telah diberikan kepadanya.
“Doktor sendiri tertanya-tanya apa yang menyebabkan wanita itu mengalami penyakit berkenaan.
“Namun selepas pemeriksaan rapi dilakukan, barulah mereka mengetahui puncanya. Wanita itu telah tertelan pencungkil gigi dan kini ia tersangkut di dalam hatinya,’’ kata Jurnal Perubatan British.
Bagaimanapun identiti wanita berusia 45 tahun itu tidak didedahkan.
Keadaan itu juga menyebabkan dia mengalami kegagalan organ dan sukar bernafas.
Selepas mengesan punca penyakitnya, doktor telah menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan pencungkil gigi berkenaan.
“Dia diberikan rawatan antibiotik selama beberapa minggu dan dibenarkan pulang selepas sembuh sepenuhnya,’’ kata jurnal berkenaan.
Kes berkenaan merupakan salah satu daripada beribu-ribu kes yang disiarkan oleh Jurnal berkenaan.
Ia dikongsikan oleh doktor-doktor yang terlibat merawat kes-kes yang jarang ditemui itu.
Dalam laman webnya, jurnal itu menyatakan bahawa diagnosis awal dan mengeluarkan benda asing dalam badan merupakan kaedah terbaik mengesan dan merawat sesuatu penyakit.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive