Teh tetap setia dan gigih menjaga anaknya yang lumpuh akibat terjatuh daripada bukit ketika berbasikal di Kampung Pasir Nering lapan tahun lalu. |
Menurut ibu kepada sembilan anak ini, anak keenamnya, Mohd Hanapi, 32, terpaksa terbaring sepanjang hidupnya setelah terjatuh daripada sebuah keci berhampiran masjid di kampung berkenaan gara-gara diusik oleh rakan sekampungnya.
"Sebelum ini, dia normal seperti insan lain tetapi begitu pendiam dan mempunyai masalah lembam dan kerana itulah dia sering menjadi
bahan usikan anak-anak kampung ini.
"Ketika kejadian, beberapa budak-budak kampung cuba mengajarnya mengayuh basikal. Malangnya, sewaktu berada di atas bukit, mereka menolak basikal dinaiki Mohd Hanapi.
“Kejadian itu menyebabkan dia pengsan setelah terjatuh dari atas bukit itu, malah budak-budak itu juga melarikan diri. Sehingga kini, saya dan suami, Hamid Idris, 65, masih tidak tahu siapa yang terlibat. Semua itu sekadar
kisah lama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Teh, sejak itu Mohd Hanapi hanya terbaring di atas katil dan sekadar tersenyum apabila ditanya kerana dia sememangnya pendiam.
Bagaimanapun, tangannya masih boleh bergerak tetapi kurang berupaya.
“Seluruh anggota badannya dari paras pinggang ke bawah sudah tidak dapat merasai sebarang sentuhan, malah kalau dicubit pun dia tidak akan sakit. Mungkin ini takdir buatnya serta ujian daripada-NYA untuk saya dan suami yang pasti ada hikmah di sebaliknya," katanya.
Cerita Teh, dia terpaksa meminta bantuan suaminya untuk mengusung anaknya ke bilik air setiap hari kerana kudrat wanitanya itu tidak mampu mengangkat Mohd Hanapi.
"Dia perlu ke bilik air setiap hari kerana Mohd Hanapi tidak selesa memakai lampin pakai buang yang menyebabkannya berkudis dan setiap hari jugalah saya perlu 'bermain' dengan najisnya ketika membersihkannya.
"Sebagai ibu, saya sanggup berkorban apa sahaja dan tetap menjaganya sebaik mungkin," katanya.
Menurutnya, dia bersyukur bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedikit sebanyak meringankan bebannya sekeluarga.
"Malah, anak-anak yang lain juga banyak membantu termasuklah dalam urusan membeli tilam angin serta pengambilan ubat-ubat vitamin sebagai tambahan daripada farmasi,” katanya.
Teh berkata, biarpun mengetahui anaknya itu tidak akan kembali berjalan semula, namun jauh di sudut hatinya sebagai seorang ibu pastinya ingin melihat Mohd Hanapi pulih walaupun anaknya itu begitu pendiam serta dilahirkan sebagai insan istimewa.
No comments:
Post a Comment