Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 13, 2012

Anjing Tertinggi Dicatatkan Dalam Guiness Book


LONDON – Seekor anjing jenis Great Dane yang berketinggian 2.2 meter telah dicatatkan oleh Guinness Book of World Records yang dilancarkan pada hari Khamis, sebagai anjing tertinggi di dunia.
Anjing gergasi dari Michigan, Amerika Syarikat ini memerlukan 14 kilogram makanan setiap hari dan
ia adalah seberat 70.3 kilogram, menurut buku edisi ke-57 tersebut.
Dengan kadar ketinggian sebanyak 1.12 meter dari tapak kaki hingga ke bahagian bahu (ukuran rasmi yang dilakukan bagi haiwan berkaki empat) – anjing tersebut telah memecahkan rekod sebagai anjing tertinggi di dunia.
Guinness World Records 2013 menyatakan bahawa anjing tersebut telah memecahkan rekod anjing yang bernama Giant George, seekor lagi Great Dane, dengan hanya perbezaan sebanyak satu inci.
“Antara soalan yang saya sering ditanya adalah: ‘Itu anjing atau kuda?’” kata pemilik anjing berusia tiga tahun tersebut, Denise.
“Kami sekeluarga perlu menggunakan van untuk membawanya ke satu-satu tempat, dan jika ia terpijak kaki anda, anda akan mendapat kesan lebam!”

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive