Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 15, 2012

Pelajar melecur barbeku meletup



KUALA LUMPUR: Lima pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pagi semalam melecur teruk selepas berlaku letupan ketika mereka berbarbeku sempena majlis rumah terbuka Adilfitri di sekolah berkenaan jam 9.30 pagi semalam.
Mangsa membabitkan pelajar tingkatan empat dan
seorang tingkatan lima dengan empat daripada mangsa parah akibat melecur 25 hingga 45 peratus dari paras pinggang hingga muka.

Menurut seorang daripada mangsa, Mohd Hidayad Mohd Yazid, 16, ketika kejadian dia bersama 20 rakan memerhati seorang guru mencurahkan cecair pelarut ke dalam api, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan kuat serta api menyambar mereka yang berada di sekeliling alat barbeku.
“Baju saya terbakar pada bahagian seluar dan lengan, saya kemudian menanggalkan seluar dengan bantuan rakan.

“Selepas kejadian, guru yang mencurah cecair itu menghantar saya dan seorang rakan yang parah, Muhammad Azreen Rahim, 16, ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian itu daripada keluarga pelajar yang cedera.
Menurutnya, setakat ini kes berkenaan tiada unsur jenayah dan lebih menjurus kepada kemalangan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive