Umum mengetahui yang pelakon wanita, Fasha Sandha sedang diulit bahagia bersama suaminya, Jejai.
Malah, kebahagian mereka semakin bertambah memandangkan Fasha ketika ini sudah pun hamil.
Aktiviti-aktiviti berlakon juga sudah Fasha kurangkan kerana ingin menjaga kandungannya bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak ingini.
Masa Fasha juga banyak dihabiskan dengan
mengikuti Jejai ke mana sahaja.
Dalam mengisi masa lapangnya, Fasha telah pun mengemas semua pakaiannya yang sudah tidak muat.
Baju-baju itu semua akan Fasha jual kepada peminat-peminatnya.
Untuk permulaan jualannya, Fasha sudah pun mengumumkan niatnya itu di profil Instagramnya beserta dengan gambar baju-bajunya.
Peminat-peminatnya sudah pun memberikan reaksi yang memberangsangkan dengan usaha Fasha itu.
Namun, ada juga peminat yang meminta Fasha menjadi seperti pelakon wanita lain, Fauziah Gous yang mengadakan jualan dan memberikan hasil jualan kepada badan-badan amal atau persatuan-persatuan kebajikan.
Namun, Fasha telah pun membalas ‘permintaan’ peminat itu dengan menyatakan dia bukanlah Fauziah Gous, dan dirinya adalah Fasha Sandha.
Bagi peminat-peminat Fasha pula, mereka telah pun menjawab dengan menyatakan Fasha sudah pun awal-awal lagi memberitahu akan memberikan hasil jualan kepada Persatuan Perlindungan Kucing dalam gambar-gambar yang dimuat naik sebelum itu.
Nampaknya, peminat-peminat artis yang ada dalam negara kita semakin ekstrim menyuruh artis meniru tindakan artis lain.
Apa kata anda?
No comments:
Post a Comment