Pengikut Boyzzonne

Wednesday, September 12, 2012

Bumiputera Rockers (BPR) Cipta Nama Bermula Di Fun Fair


Bumiputera Rockers
Pada era 1980an sehingga 1990an kumpulan rock ketika itu berlumba-lumba berebut untukmembuat persembahan di fun fair atau pesta malam.

Bagi mereka, di situlah medan mereka menunjukkan kehebatan kepada peminat. Persembahan di fun fair memberi pulangan yang cukup baik selain dapat mendekati peminat.
Tidak terkecuali kumpulan Bumiputera Rockers (BPR). Tidak hanya mendapat
perhatian di fun fair, malah mereka mendapat nama mereka di situ juga.

Salah seorang ahli kumpulan ini yang masih aktif dalam bidang seni adalah Awang. Pemain gitar kumpulan BPR ini sekarang sedang aktif membuat persembahan di Lilte Bali, Cherating, Pahang.

Bercerita mengenai penglibatan awal kumpulan BPR di persada muzik tempatan, ia bermula pada 1885.
“Ahli kumpulan ini adalah bekas kumpulan lain yang disatukan bersama. Kami berkumpul kerana kebetulan kami semua berasal dari Johor Bahru, Johor. Kami bersama sejak tahun 1985.

“Kami banyak ikut kumpulan Sweet Charity. Boleh dikatakan di mana Sweet Charity buat persembahan, pasti kami pun ada.

“Selepas mereka selesai persembahan, vokalisnya Ramli Sarip akan melaungkan nama kami. Pada mulanya hanya menyebut kumpulan Bumiputera, tapi selepas itu tiba-tiba muncul perkataan rockers di belakangnya.
“Nama itu pun ok. Kami semua setuju dengan pemilihan nama itu. Sehingga ke hari ini, nama itu segar bersama kami,” katanya kepada Sinar Harian.
Penangan lagu M Nasir
Setahun menimba pengalaman menyanyi di fun fair, mereka nekad untuk bergelar artis profesional.
Setahun berlalu, BPR menerima tawaran daripada syarikat ItoProds yang dimiliki oleh penyanyi Ito dari kumpulan Blues Gang.

“Kami berjaya dengan label ini. Lagu Selamat Pagi Malaysia mendapat sambutan yang cukup luar biasa.
“Tapi, selepas dua bulan, syarikat ini tutup. Kami seperti hilang arah kerana permintaan banyak, tapi kami tersekat dengan keadaan ini,” katanya.

Menyedari mereka masih baru dan memerlukan sentuhan berbisa daripada komposer, Awang berkata, mereka meminta bantuan sifu Datuk M Nasir.

“Masa itu nama M Nasir memang sedang ‘meletop-letop’. Apa sahaja lagu ciptaannya pasti menjadi siulan ramai.

“Walaupun terpaksa menunggu agak lama, tapi kami puas hati kerana sentuhannya itu membuatkan nama kami mula dikenali dan lagu kami menjadi popular.

“M Nasir telah menghasilkan lagu yang cukup bagus bermula dengan album Dari Sinar Mata,” katanya yang sempat menghasilkan empat buah album bersama M Nasir dan syarikat Life Records.

Berkat lagu yang bagus, BPR terus dikenali. Namun pada tahun 1990, kumpulan ini telah mengambil keputusan untuk berpecah.
“Sedih tu memanglah sedih, tapi nak buat macam mana. Ada beberapa konsert yang memerlukan penyanyi, tidak dapat kami penuhi.

“Akhirnya kerana sayangkan nama BPR, saya dan ahli lain mengambil Ijam vokalis kumpulan Medicine untuk membantu kami.
“Selain Ijam, kadang-kadang kami panggil Hattan. Dua nama inilah yang banyak membantu kami dalam siri persembahan kami,” katanya lagi.

Reunion dalam konsert
Tidak seperti kumpulan lain, BPR sebenarnya tidak pernah mengadakan konsert mereka sendiri. Banyak membuat persembahan pentas.

Namun, pada 2006, setelah hampir 12 tahun menyepikan diri, mereka diberikan peluang untuk membuat konsert pertama mereka di Kuala Lumpur.

Konsert BPR Live in Kuala Lumpur itu membuktikan kumpulan ini masih segar dan ramai peminat.
“Saya panggil semua anggota asal kumpulan ini. saya mahu pada konsert itu nanti peminat lama akan rasa terhibur dengan persembahan kami. Penanti mereka sejak dulu akhirnya kami balas pada tahun itu.
“Memang seronok dapat berjumpa dengan ahli lama dan kami berlatih bersama-sama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive