Pengikut Boyzzonne

Friday, September 14, 2012

TOY R US KELUARKAN KOMPUTER TABLET UNTUK KANAK KANAK


tablet TOY R US
WAYENE, New Jersey 11 Sept. – Syarikat pengeluar peralatan permainan kanak-kanak terkenal, Toys R Us, semalam menyatakan bahawa syarikat itu akan melancarkan komputer tablet untuk kanak-kanak pada bulan depan.
Syarikat itu berkata, produk terbarunya itu akan dijual pada harga lebih rendah berbanding
komputer tablet yang berada di pasaran.
Komputer tablet sebesar tujuh inci dikenali sebagai Tabeo itu, dilengkapi skrin sesentuh serta mempunyai kemudahan WiFi, selain menggunakan sistem operasi Android 4.0.
Ia juga dilengkapi dengan 50 aplikasi untuk kanak-kanak, termasuk permainan Angry Birds dan Fruit Ninja, selain aplikasi buku dikenali sebagai istorybook.
Tabeo dijangka dilancarkan pada 21 Oktober ini pada harga AS$149.99 (RM464.97) seunit.
Pengumuman tersebut dibuat sebelum musim cuti yang menyaksikan peningkatan jualan tahunan syarikat meningkat sehingga 40 peratus. – AGENSI

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive