Beberapa perkara yang perlu kita lakukan bila kekasih hati anda merajuk. Wanita ni hatinya sangat lembut, maka perlu lah kena caranya jika mahu memujuk.
1.Beri ruang-Jika dia merajuk berilah ruang untuk dia menenangkan perasaan dulu.
2.Pujuk-Cuba pujuk si dia apabila marahnya reda. Patikan tunjuk keihlasan kita semasa memujuk .
3.Mengaku bersalah-jika kemarahan dan rajuknya berpunca dari kesalahan kamu lebih baik kamu mengaku bersalah dan meminta maaf darinya.
4.Hadiah-Berikan hadiah kepadanya sebagai cara menunjukkan kamu sangat menyayanginya.
5.Gurauan-Cuba bergurau dengannya dengan lawak yang biasa kamu buat dengannya. Mana tau hatinya terhibur dan dia akan baik dari rajuknya
6.Buat-buat merajuk-jika puas memujuk tak jalan juga apa kata kamu pula buat-buat merajuk. Jika dia sayang kamu pasti dia akan rasa bersalah merajuk lama-lama dan akan memujuk kamu pula.
7.Pegang tangannya-Pegang erat tangannya dan genggam kuat-kuat sambil memujuk. Wanita akan kalah jika lelaki yang dia sayang lakukan sebegitu. Cepat saja hatinya akan cair.
8. Bunga-Berikan dia bunga agar dia tersenyum kembali. Tiada wanita yang tak suka pada bunga terutama dari insan kesayangannya walau pun dia sedang merajuk sekalipun.
9.Ingatkan Kenangan Lalu-Ingatkan dia kenangan manis yang lalu antara kamu dan dia. Secara automatik dia akan tersenyum dan kembali baik dari rajuknya
10.Minta Bantuan Orang Tengah-Minta bantuan orang tengah untuk membantu kamu memujuk dia. Mungkin ibunya, adik atau kawan baiknya dapat membantu kamu.
Selamat mencuba, moga kamu dan dia saling berkasih sayang ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment