Pengikut Boyzzonne

Wednesday, September 5, 2012

Berusia 14 Tahun Sudah Jadi Pembunuh Upahan


Netherlands  – Seorang remaja lelaki dihukum menjalani penahanan selama setahun di pusat tahanan juvana selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis dalam
kes pembunuhan Facebook di negara berkenaan.
Remaja itu juga perlu menjalani rawatan psikiatrik di pusat tahanan juvana itu selama tiga tahun.
Menurut hakim, remaja yang hanya dikenali sebagai Jinhua K berusia 14 tahun ketika membunuh Joyce Hau, Januari lalu dan berbuat demikian  selepas diarahkan oleh pihak ketiga.
Menurut laporan media, kejadian bermula selepas Joyce bergaduh dengan rakan baiknya, Polly berhubung entri yang disiarkan dalam Facebook.
Berang dengan perkara itu, Polly bersama teman lelakinya, Wesley kemudiannya telah merancang pembunuhan Joyce selama seminggu.
Mereka kemudiannya menawarkan bayaran sebanyak 1,000 euro kepada Jinhua jika berjaya membunuh mangsa di rumahnya.
Jika Jinhua enggan membunuh Joyce maka remaja lelaki itu diugut akan dibunuh.
Perbicaraan ke atas Polly dan teman lelakinya pula akan bermula minggu depan.
Kes berkenaan mendapat liputan meluas di negara tersebut dan mencetuskan perbahasan mengenai peranan media sosial dalam membendung jenayah keganasan.
Dalam pada itu, bapa mangsa tidak berpuas hati dengan hukuman ringan yang dikenakan ke atas remaja tersebut.
“Saya tidak percaya bagaimana pembunuh yang mengambil nyawa anak saya hanya diberikan hukuman tahanan selama setahun.
“Tapi seperti yang tertulis dalam undang-undang, kami tidak mempunyai kuasa, begitu juga dengan pihak berkuasa,’’ katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive