Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 2, 2012

Gadis hubungi 999 elak dirogol lelaki lagak polis


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun menghubungi talian kecemasan 999 berjaya menyelamatkannya daripada dirogol seorang lelaki menyamar polis biarpun dia sudah dikurung hampir 30 minit dalam sebuah bilik hotel di ibu kota.


Tindakan berjaya membuatkan suspek dicekup pihak berkuasa di bilik hotel berkenaan.
Semuanya bermula kira-kira jam 9.30 malam, ketika mangsa menunggu bas di Jalan Raja Laut, di sini, tiba-tiba ditegur lelaki berusia 30-an.

Menurut sumber, suspek berpakaian biasa memperkenalkan diri sebagai pegawai polis yang sedang melakukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan berkenaan.

“Suspek kemudian memaksa mangsa mengekorinya dan jika enggan, mangsa diugut akan ditahan kononnya melakukan sesuatu kesalahan.

“Bimbang dengan ugutan itu, mangsa mengekori suspek. Lelaki terbabit kemudian membawa mangsa ke kedai makan di sebuah pusat beli belah di kawasan itu,” katanya.

Sumber berkata, selepas makan, suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah hotel di sekitar kawasan berkenaan menyebabkan pelajar terbabit mula bimbang dengan keselamatan dirinya.
“Ketika suspek mendaftar di kaunter pendaftaran hotel berkenaan, pelajar terbabit menghubungi talian kecemasan 999 bagi meminta bantuan.

“Mangsa kemudian dipaksa suspek untuk masuk ke dalam bilik hotel. Selepas itu, mangsa diarah menanggalkan pakaiannya dan memakai tuala sebelum disuruh mandi,” katanya.
Difahamkan, sementara menunggu mangsa mandi, suspek menonton televisyen.
Sumber berkata, sebaik menerima laporan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berusaha mengesan suspek.

“Tindakan pantas pihak berkuasa membuahkan hasil apabila kedudukan mangsa dan lelaki terbabit dikesan. Satu serbuan disertai empat anggota menahan suspek sekali gus menyelamatkan mangsa,” katanya.
Menurutnya, suspek dan mangsa dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 340 Kanun Keseksaan (KK) kerana kurungan salah.

SUMBER : HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive