Pengikut Boyzzonne

Monday, September 3, 2012

Kereta termurah di dunia, mahal di Bangladesh


DHAKA – Kereta buatan India, Tata Nano yang dilabel sebagai kereta termurah di dunia mula dijual di Bangladesh hari ini.

Namun, kereta kompak itu dijual pada harga hampir tiga gali ganda lebih
mahal berbanding harga jualan di India.
Pengarah syarikat Nitol Motors yang merupakan pengedar tunggal Tata Nano di Bangladesh, Abdul Matlub Ahmad berkata, harga model asas Tata Nano di negara itu ialah AS$7,900 (RM24,707) kerana cukai import yang dikenakan oleh pemerintah.

Sedangkan di India, model sama cuma berharga sekitar AS$2,870 (RM8,975). Tata Nano dianggap kereta yang amat ekonomi kerana menggunakan hanya satu liter minyak untuk perjalanan sejauh 25 kilometer. – AFP

SUMBER : KOSMO

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive