Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 2, 2012

Kisah Si Burung Pipit


Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?
Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.
Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?
Burung : Aku tahu.
Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu?
Burung : Aku tahu wahai pemuda.
Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?
Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.
Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive