Pengikut Boyzzonne

Monday, September 3, 2012

Legoland buka peluang pekerjaan kreatif

SEORANG pelancong merakamkan gambar di pintu masuk taman tema terbaharu Legoland Malaysia di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Pembukaan taman tema Legoland Malaysia di Iskandar Malaysia telah membuka pasaran kreativiti dan peluang pekerjaan baharu kepada belia Malaysia terutamanya di Johor, demikian menurut para pegawai syarikat berkenaan.
Membantu membina model bongkah Lego di Legoland Malaysia, pembina model tempatan bukan sahaja diberi
peluang memperoleh pendapatan hasil kreativiti mereka, tetapi juga dapat membina kerjaya unik, terutama kerana pembinaan model Lego yang akan menjadi eksport mutakhir taman tema Malaysia ke seluruh Asia, kata mereka.
Kemahiran pembina tersebut akan terus mendapat permintaan kepada taman tema Legoland yang lain, kata Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst.
"Kami sedang cuba mendapatkan lebih banyak pembina model di sini kerana kami gembira dengan hasilnya. Mereka belajar dengan pantas dan mereka telah membina model (Lego) yang menakjubkan.
"Kami sedang melihat dua tempat di Asia ketika ini untuk membuka taman tema Legoland yang baharu, tetapi belum ditentukan masanya yang tepat. Namun kami berhasrat membuka taman tema Legoland baharu bagi setiap tiga hingga empat tahun," tambahnya.
Bagi pembina model, Ahmad Radhi Abdul Rahman (gambar kecil), 25, dari Johor Bahru, membina model Lego merupakan peluang seumur hidup kerana ia membolehkannya kekal di Johor.
Beliau merupakan pemegang ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia daripada Universiti Teknologi Malaysia di Skudai.
"Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang arkitek tetapi apabila saya mendengar terdapat pekerjaan membina model di Johor, saya memohonnya.
"Pada mulanya, keluarga dan rakan-rakan saya fikir saya hanya bermain-main dengan Lego, tetapi lama kelamaan, mereka memahami kerja yang saya lakukan. Mereka menyokong apa yang saya lakukan dan sentiasa menggalakkan saya," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive