Riduzan (kiri), Muhammad Fahmi (tengah) dan Muhd Shukri ketika dibawa keluar dari mahkamah, semalam. |
Majistret Syajaratudur Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fahmi Ramli, Ridzuan
Abdul Rahman dan Muhd Shukri Rahmad, masing-masing berusia 18 tahun, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan disabitkan ke atasnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama tujuh yang masih bebas dengan sengaja merusuh dan menyebabkan kecederaan terhadap Eizat Mikail Hishamuddin, 19, di dalam bilik 47, Kem PLKN, Hutan Rekreasi Ayer Keroh, kira-kira 11.30 pagi pada 14 Oktober lalu.
Terdahulu, Peguam Muhammad Hazri Hanafi mewakili tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah memberikan hukuman minima terhadap anak guamnya yang masih muda dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
“Ketiga-tiga tertuduh yang berjauhan dengan keluarga sudah lebih sebulan jalani latihan sebelum tamat 29 November depan.
“Saya difahamkan, kejadian berpunca apabila Ridzuan bergaduh dengan mangsa ketika mangsa membuat air Milo. Hal itu berlanjutan sehingga keesokan harinya dan Ridzuan membawa bersama-sama rakan lain yang kemudian bertindak menyerang mangsa,” katanya.
No comments:
Post a Comment