Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 25, 2012

Pelajar 17 tahun buang anak baru lahir ke dalam tali air

fotoBERNAMA

KANGAR - Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di sini, awal hari ini.
Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui
mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu.
Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata, siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh
sebelum dicampak ke dalam tali air itu.
Katanya, polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah
dirujuk ke hospital itu kira-kira pukul 9.20 malam tadi.
Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat
maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air.
Zull Aznam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. - Bernama

1 comment:

  1. Bodo lah ko pke bdk tu doll
    Law doll bole lh ko bt mcm tu
    Ne tk dew aty prot sesame manusia

    ReplyDelete

SHARE THIS

Blog Archive