Pengikut Boyzzonne

Saturday, October 27, 2012

Derita ibu, anak koma dua tahun

Roswati bersama Nor Arisya terlantar di rumah mereka di Felda Jengka 18, Maran

MARAN - Sambutan Aidiladha tiada erti lagi kepada dua beranak malang di sini selepas mereka koma sejak dua tahun lalu akibat komplikasi ketika melahirkan anak.
Roswati Abd. Wahab, 33, bekas pembantu tadbir sebuah agensi kerajaan di Melaka dikatakan koma ketika bersalin manakala anak yang dilahirkan, Nor Arisya A. Razak turut ditimpa nasib yang sama dengan ibunya kerana
kekurangan oksigen.
Kini dua beranak itu hanya terlantar di rumah Rosnani Harun yang merupakan ibu Roswati di Felda Jengka 18, Maran.
Rosnani memberitahu, Roswati ketika mengandungkan Nor Arisya disahkan menghidap darah tinggi kronik selain penyakit sawan.
"Masa nak bersalin dia pengsan dan diserang sawan sehingga jantungnya berhenti berdenyut untuk seketika," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Rosnani, doktor yang merawat Roswati di Hospital Melaka terus melakukan pembedahan untuk menyelamatkan Nor Arisya tetapi cucunya itu lahir dalam keadaan koma berikutan kekurangan oksigen.
Memandangkan menantunya tidak dapat menjaga isteri dan anak mereka setiap hari disebabkan bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Melaka, Roswati dan Nor Arisya dihantar ke Maran untuk dijaga oleh Rosnani.
Komplikasi kesihatan yang dihadapi menyebabkan susuk tubuh Roswati yang dahulu gempal kini semakin susut dan hanya bergantung hidup kepada susu yang dimasukkan melalui tiub sebanyak enam kali sehari.
Rosnani mengharapkan ihsan mana-mana pihak yang sudi membantu agar dapat menghubunginya di talian 019-998 3526.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive