Pengikut Boyzzonne

Saturday, October 27, 2012

Monyet wanted Florida ditangkap selepas diburu selama dua tahun

SEEKOR monyet liar dikurung selepas haiwan itu ditembak dengan ubat pelali di St. Petersburg, Florida

ST. PETERSBURG, Florida - Seekor monyet liar yang diburu sejak dua tahun lalu akhirnya berjaya ditangkap pada Rabu lalu di sini, lapor agensi berita AP semalam.
Monyet yang tergolong dalam keluarga rhesus itu berjaya ditangkap selepas haiwan tersebut ditembak dengan
menggunakan ubat pelali.
Selepas ditembak, monyet itu melarikan diri di sebuah kawasan hutan sebelum ia ditangkap oleh sekumpulan penangkap haiwan.
Seorang penangkap haiwan, Vernan Yates telah diarah Suruhanjaya Perlindungan Hidupan Liar dan Ikan Florida untuk mengetuai penangkapan monyet itu.
Monyet tersebut dihantar ke sebuah klinik bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Selepas menjalani pemeriksaan, haiwan itu akan dikuarantin selama 30 hari sebelum dihantar ke sebuah pusat perlindungan haiwan.
"Saya menangis," kata Elizabeth Fowler yang merupakan penduduk di Tasik Maggiore.
Bahu wanita itu pernah digigit monyet tersebut yang memanjat belakang badannya beberapa minggu lalu.
Cucu Fowler, Sky Cowan, 8, merupakan antara penduduk yang kerap melihat kelibat monyet itu di kawasan yang mengandungi banyak pokok di belakang rumahnya.
"Dia akan duduk di kawasan semak dan hanya makan pisang," katanya yang turut memberitahu bahawa monyet itu tidak takut untuk datang dekat rumahnya.
Monyet itu turut mempunyai akaun Facebook ekoran popularitinya dalam kalangan penduduk. - Agensi

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive