Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 25, 2012

Sindiket Diesel subsidi kaut untung RM5 juta


SHAH ALAM – Dalam tempoh lima bulan sahaja, satu sindiket penyelewengan diesel subsidi yang beroperasi di sebuah gudang di kawasan perindustrian Seksyen 33 di sini mampu mengaut keuntungan lumayan hampir RM5 juta dengan menjual bahan
api itu secara haram kepada pihak industri.
Bagaimanapun kegiatan sindiket terbabit terbongkar apabila sepasukan pegawai dan anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor menyerbu gudang itu kelmarin selepas membuat intipan selama sebulan.
Ketua Pegawai Penguat kuasa, Othman Nawang (gambar kecil) berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya merampas sebuah lori tangki membawa 18,000 liter diesel subsidi bernilai RM32,400.
Selain itu, sebuah tangki statik kosong yang diletakkan di gudang berkenaan bersama sebuah lori tangki lagi yang digunakan untuk membawa diesel turut disita.
Pihaknya bagaimanapun tidak membuat tangkapan memandangkan gudang tersebut kosong ketika serbuan dijalankan.
“Modus operandi sindiket ini ialah menggunakan lori tangki bagi mengisi diesel subsidi di beberapa stesen minyak di sekitar Klang dan Shah Alam untuk disimpan di gudang tersebut sebelum dijual kepada pihak industri,” katanya kepada pemberita di gudang berkenaan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive