Mungkin agak sukar untuk melupakan animasi kartun Doraemon yang mula meningkat popular sejak tahun 90 an lagi. Bagi peminat tokoh Doraemon, boleh bernostalgia untuk mengingati semula siri animasi ini. Seperti yang kita tahu, kartun Doraemon berasal dari Jepun dan kini sebuah muzium Doraemon telag didirikan di pinggir
Bandar Tokyo. Muzium itu juga memaparkan si pengarangnya, Fujiko F. Fujio. Baik Fujiko dan Doraemon merupakan inspirasi bagi filem siri animasi dan dicintai di seluruh dunia.
Di muzium tersebut menyimpan koleksi 50 ribu barang, yang sebahagian besar adalah gambar asli Doraemon, serta meja yang selalu digunakan Fujio untuk berkarya, sehingga dia meninggal dunia pada 1996. Bangunan muzium itu juga dilengkapi dengan pawagam kecil dan coffeshop.
Doraemon dihantar ke masa lalu untuk menolong seorang anak kecil bernama Nobita agar tidak gagal di kehidupannya di kemudian hari, dan agar anak-anak mereka terhindar dari kemiskinan.
Doraemon kadang-kadang menggunakan peralatan dari masa depan untuk menyelesaikan masalah Nobita. Banyak episod siri kartun ini memberikan pelajaran moral yang berharga.
“Saya sendiri meyakini bahawa walaupun anak-anak di seluruh dunia membaca dan menikmati Doraemon anak-anak, tetaplah anak-anak,” ujar isteri Fujio, Masako Fujimoto.
Doraemon diterjemahkan hingga ke lebih dari 30 bahasa dan masih popular hingga kini.Doraemon pun terpilih sebagai duta budaya kartun untuk Jepun pada tahun 2008.
No comments:
Post a Comment