Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 25, 2012

Sorok mercun dalam kotak daging babi

BEBERAPA anggota polis memeriksa pelbagai jenis mercun yang dirampas di sebuah banglo di Kuching 

KUCHING – Polis berjaya merampas kira-kira 600 kotak yang berisi pelbagai jenis mercun bernilai RM75,000 di sebuah banglo di Jalan Dongan, Batu Kawa di sini semalam.
Dalam serbuan pada pukul 10 pagi itu, polis turut menahan seorang l
elaki berusia 35 tahun yang berada di dalam rumah berkenaan.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak terbabit dalam serbuan berkenaan.
Menurutnya, kejayaan rampasan itu adalah hasil maklumat risikan yang mendapati kediaman berkenaan telah dijadikan tempat menyimpan mercun.
“Pemeriksaan lanjut terhadap rumah banglo dua tingkat itu mendapati setiap ruang kediaman termasuk bahagian dapur dan tingkat atas dipenuhi kotak-kotak berisi mercun.
“Polis akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tujuh tahun penjara atau RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive