Pengikut Boyzzonne

Wednesday, October 24, 2012

Polis berkas Geng Columbia


CHIN WAH (kanan) memerhatikan pegawainya menunjukkan pistol palsu yang dirampas daripada empat lelaki Amerika Latin pada sidang akhbar
KUALA LUMPUR - Tindakan licik sekumpulan empat lelaki Amerika Latin yang menyewa kereta mahal jenis Toyota Estima dan Camry untuk melarikan barangan berharga daripada kediaman mewah yang dipecah masuk sejak setahun lalu terbongkar apabila kesemuanya diberkas.
Kesemua suspek dipercayai warga Columbia berusia antara 19 hingga 28 tahun tersebut diberkas di sebuah
rumah teres dua tingkat di Taman Desa Ria 2 di sini pada pukul 12.30 tengah malam, Jumaat lalu.
Berdasarkan rekod, mereka turut terlibat dalam kegiatan seluk saku.
Selain kereta Toyota Estima dan Camry, polis turut merampas empat pucuk pistol tiruan, tujuh buah komputer riba, lapan telefon bimbit, mata wang pelbagai negara serta sebuah kamera yang kesemuanya dianggarkan bernilai hampir RM500,000.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive