Anggota JPAM membantu menghantar mangsa ke Klinik selepas terlibat kemalangan di pekan Rantau Panjang. |
Ketika kejadian, mangsa, Arinah Posha, 30-an, sedang menunggang sendirian di pekan berkenaan sebelum
terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di hadapan deretan kedai tidak jauh daripada Pintu Satu Kastam.
Pemandu kereta terbabit tidak membantunya, sebaliknya terus menghilangkan diri selepas kejadian.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk memaklumkan kejadian seterusnya mendapatkan bantuan.
Ketua Operasi, Koperal Norasyikin Mat Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama tiga anggota.
Menurutnya, mangsa yang cedera pada bahagian kening, lutut serta kaki kanan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk mendapatkan rawatan.
“Ketika sampai di tempat kejadian, orang ramai telah membantu mengangkat mangsa ke tepi jalan.
"Kami menghantarnya ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian Rabu lalu.
No comments:
Post a Comment