KUALA LUMPUR – Hubungan dua hala Malaysia-Singapura yang semakin baik pada masa ini mungkin dapat memberikan suasana positif kepada kedua-dua negara untuk berunding semula harga bekalan air mentah dari
Johor ke republik itu, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot.
Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil kira beberapa faktor dalam menimbangkan cadangan untuk mengadakan rundingan itu seperti keperluan air yang meningkat oleh rakyat negeri Johor dan kesediaan pihak Singapura mengadakan rundingan itu.
“Dalam usaha menyelesaikan isu ini, kerajaan Malaysia dan Singapura telah mengadakan beberapa rundingan sejak tahun 1998 namun tidak mendatangkan hasil yang positif.
“Dalam hal ini, kedua-kedua kerajaan perlu berbincang dengan lebih lanjut untuk menetapkan langkah seterusnya yang perlu diambil bagi menangani isu ini,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Terdahulu, anggota Parlimen Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) memberikan pandangan bahawa isu tertunggak antara Malaysia dan Singapura harus diselesaikan termasuk isu air.
No comments:
Post a Comment