Ini hanya sekadar hiburan semata-mata. Jangan ada yang terpedaya. BTW, antu last sekali tu memang sangat menyindir..wahaha
1. Hantu Raya – Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya…….kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai – balai raya.
2.Hantu Langsuir – Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang
suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak….. di tepi langsir.
3. Hantu Stokin – Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang tauke stokin yang berjaya sehingga lupa rumahtangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.
4. Hantu Jerangkung – Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang…..kung’, jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.
5. Hantu Pontianak – Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak – Ponti punya anak – Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak…Lekatlah nama pontianak.
6. Hantu Penanggal – Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari…..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu…..dia pun mengilai semahunya.
7. Hantu Pocong – Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita…kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!
8.Hantu Kom-Kom – Berasal dari Hantu Komputer,macam korang yang suka main Komputer, surf internet sampai 24jam hingga tak ingat dunia. Disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan
komputer……….komputer, komputer. Akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM… shortcut dari Komputer jadi lah KOM sahaja ….Kalau tak mau jadi hantu KOM-KOM … pi buat kerja, jangan dok depan komputer lama-lama…..
komputer……….komputer, komputer. Akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM… shortcut dari Komputer jadi lah KOM sahaja ….Kalau tak mau jadi hantu KOM-KOM … pi buat kerja, jangan dok depan komputer lama-lama…..
No comments:
Post a Comment