Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 25, 2012

6 pelajar UTM buat kajian di Gunung Everest

DARI kiri, Nur Fadzillah, Anis Zulaikha, Azim Afif dan Mohammad Syafiq membuat persiapan sebelum memulakan misi ke Gunung Everest di Johor Bahru 

SKUDAI – Enam penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini bakal melakar sejarah apabila menjadi kumpulan pelajar pertama dari negara ini melakukan kajian ilmiah di Gunung Everest, Himalaya selama
sebulan bermula 2 November ini.
Mereka yang terlibat ialah Azim Afif Ishak, 23, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer; Anis Zulaikha Zabani, 22, Ijazah Sarjana Pangkalan Data; Nur Fadzillah Nawawi, 20, Ijazah Sarjana Muda Petroleum dan Mohammad Syafiq Ab. Rashid, 20, Ijazah Sarjana Muda Petroleum.
Turut serta ialah Siti Norizati Azmi, 20, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Rafiqin Iman Ramlan, 19, Ijazah Sarjana Muda Harta Tanah.
Mereka akan turut diiringi oleh Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor, 72, dan dua staf bukan akademik universiti itu.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive