Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 25, 2012

Rakyat Kelantan paling ramai mohon kerja melalui SPA


KOTA BHARU - Rakyat Kelantan adalah yang paling ramai memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu.
Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sejak tahun 2009 sehingga tahun lalu seramai 495,000 daripada 1.2 juta pemohon
pekerjaan dari Gred 1 sehingga Gred41 berasal dari negeri ini.
Menurutnya, sejak lima tahun lalu, seramai 12,831 pemohon dari Kelantan diterima bekerja di sektor pekerjaan di sektor awam.
"Peluang pekerjaan yang terhad di Kelantan adalah antara punca banyak permohonan diterima daripada rakyat negeri tersebut.
"SPA dengan kerjasama semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan akan berbincang untuk mencari penyelesaian dalam membuat penambahbaikan dalam soal memberikan ruang pekerjaan ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Sesi Interaksi Pengerusi SPA Dengan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan-badan Berkanun, Persatuan-persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Zon Timur di sini semalam.
Mahmood berkata, SPA sentiasa terbuka dan memberi peluang yang sama rata kepada semua rakyat untuk mendapatkan pekerjaan.
"Pemilihan adalah berdasarkan meritokrasi tanpa melihat keturunan, bangsa, agama, budaya dan pemohon anak kepada siapa," katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive