Pengikut Boyzzonne

Sunday, October 21, 2012

Penyokong Kelantan maut motosikal terbabas

KUANTAN - Seorang penyokong bola sepak Kelantan maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika cuba
memotong kenderaan lain di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis dekat Raub, pagi tadi.
   
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pukul 9 pagi itu mangsa, Muhamad Saiful Daud, 19, dari Kampung Manek Urai Lama, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
   
"Mangsa dan rakannya dikatakan sedang dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu ATM, malam ini," katanya di sini, hari ini.
   
Rakan mangsa berusia 20-an yang mengalamai cedera parah dirawat di Hospital Raub (HR), katanya.
   
Menurut Mohamed Fauzi, pihak polis telah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kejadian itu.
   
Mayat mangsa dihantar ke HR untuk bedah siasat. - Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive