DUGAAN... Azman dan Imah berdepan sakit misteri dan perniagaan rugi. |
KUALA LUMPUR: Rezeki pasangan orang kelainan upaya (OKU) kerdil, Azman Tain, 52, dan Imah Abdul Samad, 42, melimpah ruah sebaik kegigihan dan kemahiran mereka menjalankan perniagaan menjahit pakaian disiarkan Metro Ahad melalui ruangan Wajah Kehidupan pada 6 Mei lalu.
Hasilnya, mereka tak menang tangan melayan pelanggan baru yang menempah pakaian, selain mendapat
bantuan beberapa pihak.
Bagaimanapun, kegembiraan pasangan itu tidak berpanjangan apabila ada pihak busuk hati dipercayai tergamak menggunakan ilmu hitam kerana dengki dengan kejayaan perniagaan kedai jahit diusahakan pasangan itu sejak 10 tahun lalu.
Akibatnya, sejak beberapa bulan lalu, Azman dan Imah menghadapi dugaan berat apabila kesihatan mereka makin merudum, menyebabkan perniagaan kedai jahit diusahakan di Taman Samudera, Batu Caves, itu makin merosot.
Akibatnya, sejak beberapa bulan lalu, Azman dan Imah menghadapi dugaan berat apabila kesihatan mereka makin merudum, menyebabkan perniagaan kedai jahit diusahakan di Taman Samudera, Batu Caves, itu makin merosot.
“Disebabkan masalah kesihatan, saya tidak lagi mampu bekerja di luar. Oleh itu, saya memilih bekerja dari rumah dan berharap ada orang sudi menghantar anak mereka untuk saya jaga. Tambahan pula, bekerja dari rumah akan memudahkan saya menguruskan anak,” kata Imah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment