Pengikut Boyzzonne

Sunday, October 21, 2012

Tujah muka sahabat dengan besi pengangkat Sawit sampai mati

SIASAT... polis memeriksa ladang sawit tempat Mofis mati dipukul rakannya.

JEMPOL: Pertengkaran mulut akibat perselisihan faham antara dua sahabat berakhir dengan tragedi ngeri apabila seorang maut akibat ditujah di muka dan dipukul dengan batang besi pengangkat sawit di sebuah ladang di Bukit Rokan Utara, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa berusia 39 tahun dan
dua rakan berusia 40 hingga 45 tahun yang juga pekerja ladang pergi ke lokasi itu untuk mengambil hasil sawit.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati ketika menuai hasil, suspek berusia 45 tahun dipercayai bergaduh dengan menumbuk muka sehingga mangsa rebah.
“Suspek tidak berpuas hati terus memukul mangsa dengan sebatang besi pengangkat sawit sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang pekerja yang melihat kejadian itu melarikan diri untuk memaklumkan kepada pengurus ladang,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang maut ialah Mofis Ali, 39, manakala suspek ditahan sejam selepas kejadian adalah rakan sekampung mangsa di Bangladesh.
“Polis yang menerima laporan kejadian ke lokasi terbabit berjaya menahan suspek di rumah kongsi berdekatan ladang, sejam selepas kejadian.

“Rakan suspek yang terkejut dengan kejadian itu masih dalam keadaan tidak menentu kerana sedih akibat kehilangan rakan sekerja dan tidak menyangka suspek akan bertindak di luar jangkaan.
“Mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat, manakala rakan yang menyaksikan kejadian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive