Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 9, 2012

Adun kena tumbuk gara gara pasar


KANGAR: Hanya kerana perniagaan merosot, seorang lelaki menumbuk muka wakil rakyat yang didakwanya menjadi punca masalah dialaminya dalam kejadian di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Mat Hassan bersama isterinya pergi menziarahi jenazah seorang
penduduk di kampung berkenaan sebelum didatangi lelaki terbabit.


Difahamkan, mangsa yang mahu pulang kemudian diajukan soalan oleh lelaki berusia 36 tahun itu kononnya mewakili peniaga di Pasar Kuala Perlis di sini, yang mendakwa kekurangan pelanggan sejak pembukaan pasar di Kampung Seberang Tok Pi di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Mohd Nashir Ya berkata, lelaki berkenaan mendakwa orang ramai lebih gemar mengunjungi pasar di Kampung Seberang Tok Pi yang dimonopoli warga Myanmar berbanding Pasar Kuala Perlis.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive