Pengikut Boyzzonne

Monday, September 10, 2012

Kereta kesayangan ketua pengedar dadah jadi kereta peronda polis


Kereta Polis
Pihak Polis Colombia telah menerima kiriman terbaru kereta patrol untuk memerangi kejahatan di negara tersebut. Dan bukan hanya mewah, kereta peronda tersebut adalah Ferrari kesayangan milik bos pengedar dadah.
Sebelumnya Ferrari 348 merah keluaran tahun 1991 tersebut adalah kebanggaan dan kesayangan dari bos dadah yang ditakuti di Colombia, iaitu Luis Hernando Gomez.


Namun sekarang mafia terkenal itu harus menerima kenyataan pahit bahawa kereta sport kesayanagnnya itu saat ini digunakan sebagai alat propaganda oleh sang musuh nombor satu, yakni polis.
Polis Colombia memutuskan untuk menyita aset ketika Gomez, yang dikenal sebagai ‘Scratch’, dipenjara di Amerika Syarikat untuk perdagangan lebih dari 500.000 kg kokain melintasi perbatasan.
Sebuah operasi kompleks pihak berwajib pada 2005, menyita harta dari lelaki berusia 53 tahun tersebut, yang diperkirakan sekitar 60 juta pound (sekitar Rp 847,8 milliar), termasuk peternakan, rumah, karya seni dan Ferrari 348 yang amat dicintainya.

Polis mengatkan Gomez menyimpan kereta ini dalam keadaan sempurna, dan jarang memakainya untuk jalan-jalan, kerana kereta ini hanya tercatat menempuh perjalanan sejauh 1.800 km..
Sebelumnya pihak berwajib bermaksud untuk menjual kereta tersebut, namun rupanya tak ada yang berminat atau mungkin lebih tepat dikataklan tidak berani. Sebab berada di belakang kemudi kereta milik seorang bos dadah adalah sesuatu yang sangat berisiko.
Sebagai hasilnya, Policia Nacional de Kolombia kemudian memutuskan untuk mengambil kepemilikan dari Ferrari tersebut dan mengubahnya sebagai kereta peronda.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive