Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 9, 2012

Mayat suami bawah bata

ANGKAT... anggota polis dan tentera membawa mayat Yunus. Gambar kecil, Yunus.

KOTA KINABALU: Perasaan bimbang seorang wanita terhadap suaminya yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin terjawab apabila lelaki terbabit ditemui mati dalam timbunan
batu bata sebuah kedai di Kompleks Citymall, Luyang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa dikenali sebagai Yunus Osman, 37, dipercayai bekerja sebagai buruh ditemui ahli keluarganya dalam keadaan tidak bernyawa selepas dihempap dinding yang dipercayai runtuh.
Menurut seorang ahli keluarga yang enggan dikenali, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah di Kampung Kalansanan, Inanam, meskipun selepas habis waktu bekerja.

Oleh kerana risau dengan keadaan mangsa, mereka mencarinya di premis berkenaan dan ketika ditemui, mangsa tertimbus di bawah timbunan batu-bata

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive