Nebraska – Ketika berusia setahun, Liam menerima hadiah daripada datuk dan neneknya iaitu anak patung monyet yang kemudiannya diberikan nama Ah-ha.
Namun dia telah kehilangan Ah-ha di Taman Negara Rocky Mountains ketika sedang
bercuti pada musim panas bersama keluarganya pada 2009.
Kini, selepas kira-kira tiga tahun, dia kembali menemui anak patung tersebut.
Semuanya selepas ibu Liam melayari laman eBay dan secara tidak sengaja telah menemui Ah-ha yang dilelong di dalam laman web itu.
Pada mulanya, ibunya hanya menyangka mungkin patung itu menyerupai Ah-ha, dan telah membida untuk membelinya.
Selepas berjaya mendapatnya pada harga $29.99, mereka akhirnya menerima anak patung itu.
Setelah diteliti, rupanya ia adalah Ah-ha.
Dan ketika anak patung itu diberikan kepada Liam, kanak-kanak itu amat terkejut dan menangis kegembiraan.
Menurut bapa Liam, selepas kehilangan Ah-ha, anaknya itu sering menangis, menyebabkan isterinya terpaksa mencarinya di merata tempat.
“Isteri saya terpaksa menghubungi beberapa tempat persinggahan ketika bercuti pada masa itu, namun tiada orang yang melihat Ah-ha,” katanya.
Dalam pada itu, Tammy Staveley yang memuat naik anak patung itu untuk lelongan dalam ebay berkata, dia amat gembira kerana dapat membantu seorang kanak-kanak mendapatkan semula barang kesayangannya.
“Saya pernah berada dalam keadaan budak tersebut dan saya tahu bagaimana perasaan Liam. Ia menyebabkan anda tidak boleh tidur dan asyik menangis,” katanya
.jpg)





No comments:
Post a Comment