Sebelum ini, rata-rata peminat dua orang artis negara, Qusairi Razali atau Qi dan Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna mempersoalkan status terkini hubungan cinta mereka.
Peminat-peminat mula tertanya-tanya apakah Qi dan Yuna masih lagi bercinta atau tidak?
Kalau di awal
hubungan cinta mereka berputik, Qi dan Yuna sering dilihat bersama.
Mereka pernah bercuti bersama-sama di luar negara dan banyak meletakkan gambar mereka berdua untuk profil laman sosial masing-masing.
Namun, tidak lagi kini.
Yuna dan Qi sendiri sudah tidak meletakkan gambar mereka bersama untuk profil laman sosial yang ada. Disebabkan itu jugalah peminat-peminat mahukan jawapan dari Qi.
Menerusi portal Murai.com, Qi mengakui dia dan Yuna masih lagi bercinta dan menyayangi antara satu sama lain.
Cuma, disebabkan Yuna ketika ini sedang gigih mencipta nama sebagai penyanyi di Amerika Syarikat, keadaan itu yang menyebabkan mereka tidak selalu dilihat bersama.
Jujur mengakui dia bangga melihat pencapaian Yuna, Qi sentiasa mendoakan yang terbaik buat kekasih hatinya itu.
“Saya bangga kini Yuna sedang menempah nama di Amerika Syarikat dan dia sedang dikenali oleh beberapa orang Industri di sana dan bagi saya ia satu pencapaian yang tinggi untuknya.
“Cuma saya terpaksa akui hubungan cinta jarak jauh ini sangat mencabar kerana kami kini berada dalam zon waktu yang berbeza. Jadi, adakalanya kami terpaksa berkorban waktu untuk terus berhubungan di antara satu sama lain. Mana taknya waktu tidur kami sahaja sudah berbeza,” kata Qi.
Walaupun bercinta dengan jarak yang jauh, keadaan itu memberikan peluang kepada Qi dan Yuna untuk lebih mengenali diri masing-masing.
Malah, perasaan saling percaya dan mempercayai mengukuhkan lagi rasa sayang antara mereka berdua.
“Namun melalui proses percintaan jarak jauh sebegini, ia banyak membantu kami untuk belajar memahami di antara satu sama lain dan apa yang paling penting ialah kami harus saling percaya mempercayai. Ini sangat penting kerana kami di dalam dunia (negara) yang berbeza,” katanya.
No comments:
Post a Comment