Pengikut Boyzzonne

Friday, December 21, 2012

The Twilight Saga - Penamat Cinta Bella dan Edward

Biarpun ramai yang tidak bersetuju, namun peminat francais Twilight harus akur apabila The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 akan menjadi penamat kepada kisah cinta Bella Swan dan Edward Cullen.


Filem yang mengangkat nama Robert Pattinson, Kristen Stewart dan Taylor Lautner ini akan membawa penonton melayari kehidupan Bella (Stewart) yang mendapat kehidupannya semula, namun bukan lagi sebagai manusia biasa, sebaliknya sebagai puntianak.

Selepas berperang mengandung dan melahirkan anak sulungnya, Renesmee (Mackenzie Foy), Bella semakin menikmati kehidupannya sebagai puntianak dan perlu mempelajari kehidupan barunya itu.

Namun, kebahagiaan mereka terganggu apabila, Irina, sepupu kepada Cullen menganggap Renesmee sebagai anak puntianak yang akan hidup selama-lamanya dan perkara itu sampai kepada Volturi.

Volturi dan Aror pula mula membuat rancangan membinasakan Renesmee serta Cullen, kerana mereka yang kekal hidup tidak boleh dikawal. Oleh itu, keluarga Cullen memerlukan pertolongan beberapa puntianak yang lain demi mempertahankan nyawa mereka.

Secara keseluruhan, filem ini amat menarik untuk ditonton, apatah lagi ia menjadi filem terakhir kepada jenama Twilight.

Pada permulaan cerita, Bill Condon bijak menarik perhatian penonton, melihat kehidupan Bella yang cuba membiasakan diri sebagai puntianak.

Paling mencuit hati, apabila Bella berang setelah mendapat tahu Jacob Black (Lautner) telah mengahwini anaknya sebagai langkah keselamatan apabila Renesmee mungkin menjadi buruan serigala dan puntianak lain.

Siri terakhir ini juga akan melihat pengorbanan Bella dan Edward bersama keluarga Cullen, dalam menyelamatkan Renesmee dari dibunuh oleh Aror dan bagaimana mereka memperkenalkan saudara-mara mereka yang lain ketika dalam misi menyelamat tersebut. Ketika itu, penonton pasti akan terpaku dengan kebolehan berbeza puntianak dalam filem ini.

Bagaimanapun, ada beberapa babak melucukan dan seolah-olah memperbodohkan mata yang melihat apabila babak Renesmee semasa kecil jelas dibuat menerusi imej janaan berkomputer apabila dia kelihatan seperti watak animasi.

Justeru, bagi mengetahui kesudahan - apakah yang terjadi kepada Bella, Edward dan Renesmee? Apakah yang terjadi kepada Jacob? Dapatkah Renesmee diselamatkan? Apakah hubungan seterusnya antara Renesmee dan Jacob? Saksikan kesudahan karya Stephenie Meyer ini di pawagam.

-Sinarharian

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive