Pengikut Boyzzonne

Friday, December 21, 2012

Ibu Sendiri Rakam Gambar Untuk Majalah Playboy

Eva Ionesco, yang pernah menjadi model Playboy paling muda, iaitu ketika berusia 11 tahun, menang dalam tuntutan saman ke atas ibunya sendiri, Irina Ionesco kerana bertanggungjawab merakamkan gambar berkenaan.


Gambar lucah Eva, yang kini berusia 47 itu, diambil pada 1970an, ketika aktres tersebut berusia antara tujuh hingga 12 tahun oleh ibunya yang juga seorang jurugambar bagi majalah Playboy edisi Oktober 1976.

Irina, diarahkan membayar sebanyak 10,000 euro oleh mahkamah.

Dia juga diarahkan menyerahkan negatif gambar berkenaan kepada Eva dan dilarang daripada mendapatkan keuntungan hasil rakaman gambar lucah itu.

Wanita tersebut sebelum terkenal dengan gambar-gambar lucah yang dirakamkan unruk majalah kontrovesi termasuk Playboy dan Penthouse.

Eva sebelum itu mengemukakan tuntutan saman sebanyak 200,000 euro.

Menurut Eva, tindakan ibunya itu telah menyebabkan dia menderita dan zaman kanak-kanaknya dirampas akibat sikap tidak bertanggungjawab dan memalukan itu.

Gambar Eva ketika kecil turut disiarkan majalah Penthouse.

Menurut peguam Eva, Jacques-Georges Bitoun, gambar yang diambil oleh ibunya itu bukan satu seni, sebaliknya hanya member kesempatan kepada paedophile untuk bertindak.

“Bagaimana gambar yang memaparkan kedua-dua kaki budak perempuan berusia empat tahun terkangkang, disifatkan sebagai seni.

“Ia umpama gambar pelacur, bukan lagi kanak-kanak,’’ kata Jacques-Georges.

Hubungan Eva dan ibunya kini semakin keruh dan hubungan berkenaan digambarkan menerusi filemnya yang diterbitkan pada 2011 bertajuk ‘My Little Princess,’ lakonan Isabelle Huppert.

Eva memasuki dunia perfileman ketika berusia tujuh tahun dan pada 1977, ibunya hilang hak penjagaan ke atasnya.

Aktres itu kemudian dibesarkan oleh ibu bapa kepada pereka kasut, Christian Louboutin.

-Mynewshub

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive