Pengikut Boyzzonne

Friday, December 21, 2012

Wanita 'Cedera' Di Bilik Tidur Terima Pampasan

Gambar hiasan
Seorang pegawai kerajaan Australia yang cedera ketika melakukan hubungan seks di sebuah bilik motel ketika mengadakan lawatan kerja, memenangi kes tuntutan pampasan daripada kerajaan selepas
lima tahun perbicaraan.


The Associated Press semalam menyiarkan keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 13 Disember lalu yang menolak rayuan syarikat insurans kerajaan, Comcare, yang menentang keputusan mahkamah sebelum ini yang menyatakan wanita itu cedera akibat majikannya.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, menginap di sebuah motel di pekan Nowra, 160 kilometer ke selatan Sydney, pada 26 November 2007.

Ketika dia melakukan hubungan seks, mentol lampu kaca dari siling bilik motel itu jatuh dan mengenai mukanya, menyebabkan hidung dan mulutnya cedera.

Akibat insiden itu, dia mengalami kemurungan dan tidak lagi boleh bekerja dengan kerajaan dan menuntut pampasan atas kecederaan fizikal dan psikologi.

Tuntutan itu pada mulanya diluluskan oleh Comcare, tetapi kemudiannya ditolak selepas siasatan lanjut dibuat.

Rayuannya kepada Tribunal Rayuan Pentadbiran kerajaan tidak berjaya kerana tribunal itu bersetuju dengan Comcare bahawa kecederaan yang dialaminya bukan disebabkan majikan kerana kerajaan tidak menggalakkannya melakukan hubungan seks.

Dia bagaimanapun memenangi rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 19 April lalu apabila Hakim John Nicholas menolak hujah tribunal itu.

Dalam keputusan penuh pada minggu lalu, Hakim Patrick Keane, Robert Buchanan dan Mordy Bromberg bersetuju bahawa hujah kerajaan mengenai hubungan seks wanita itu di motel tidak mempunyai kaitan.

Bagaimanapun jumlah pampasan yang diterimanya tidak dinyatakan.

-AGENSI

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive