Pengikut Boyzzonne

Thursday, December 20, 2012

Jangan Salahkan Saya Kalau Peminat Bernafsu - Sara Ali

Tidak sampai seminggu pun lagi selepas Shout Awards 2012 menutup tirainya dengan persembahan dan kemenangan oleh artis-artis berbakat dan popular.


Seperti biasa, anugerah berprestij yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon ini juga tidak terlepas dari tempias gosip yang sentiasa menjadi ‘makanan ruji’ para pengikut industri hiburan.

Terbaru, sebuah blog hiburan tempatan menyiarkan artikel mengatakan ‘shortpant’ Sara Ali telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada penonton dan peminat.

Antara reaksi dari peminat termasuklah komen-komen negatif mengatakan Sara tidak sensitif sehinggakan namanya menjadi ‘trending topic’ di Twitter mengalahkan artis-artis lain.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Sara menegaskan bahawa dia tidak kisah dengan apa yang orang katakan di laman Twitter.

“Tweet is a tweet. Saya tak respon dari isu ataupun dari ‘tweet’ orang lain,” tegas Sara merujuk pada komen negatif terhadapnya di Twitter.

Sara yang juga merupakan salah seorang pelakon filem ‘Songlap’ hanya menganggap ini semua adalah perkara biasa yang harus ditempuhnya.

“Bagi saya macam ni, bukan saya yang ghairah, atau pun dia yang ghairah. Saya otak tak ‘kuning’ dan dia pun otak tak ‘kuning’. Ok, habis cerita.”

“Standard la orang duk bercakap pasal kita. Saya tahu saya salah. Lagipun saya malas nak ambil tahu. Saya dah buat apa yang patut dan kali ini saya dah tersalah buat,” jelas pelakon berumur 22 tahun ini.

Dalam pada itu, melalui respon peminat yang lain, ramai juga yang tidak bersetuju dengan isu ‘shortpants’ Sara Ali.



Berbanding dengan ‘shortpants’ yang dipakai Sara, OHBULAN! lebih tertanya-tanya respon peminat dibawah pentas ketika Shout Awards 2012 diadakan.

Ada tak mana-mana selebriti yang memakai gaun pendek atau skirt ‘terbelanja’ peminat?

-Ohbulan.com

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive