Pengikut Boyzzonne

Friday, December 21, 2012

Jolokan 'Wanita Cantik Tapi Dungu' Melampau - Anzalna

DUMB BLONDE' sama sekali bukan ungkapan pujian sebaliknya ia tidak ubah suatu penghinaan tahap sinikal. Secara nyata, istilah popular itu menjurus ke arah kelibat wanita cantik yang berambut perang malangnya berotak dungu.


Tersenyum sambil jari-jemarinya memintal ekor rambutnya yang hitam berkilat, Anzalna Nasir cukup
sedar pembawaan dirinya sedang diperhatikan. Pertimbangan akalnya juga sedang teruji, walhal benaknya langsung tidak mahu terganggu oleh isu remeh.

"Saya langsung tidak marah tapi tidak boleh ambil perkara itu sambil lewa. Saya tidak boleh buat tidak tahu sahaja. Jolokan sebegitu agak melampau. Rasanya saya tidak boleh terlalu berlembut dalam soal itu, kena ada juga sedikit ketegasan," ujarnya menggeleng-gelengkan kepala menahan tawa yang hendak terlerai.

Itulah Anzalna. Dia baru sahaja menerima tempias kononnya antara artis kategori dumb blonde iaitu wanita cantik tapi dungu.

"Rasanya orang yang suka-suka hati gelarkan orang lain sebagai bodoh itu tidak faham maksud sebenar dumb blonde. Sewaktu saya di kolej di Australia dahulu, memang ada ramai gadis yang hot tapi kurang bijak dalam bab akademik. Saya faham sangat dengan gelaran dumb blonde, tapi saya bukan begitu.

"Saya masuk universiti, belajar sampai lulus, keluarga saya semua berpelajaran dan satu lagi, rambut saya hitam bukan perang. Suka-suka nak panggil saya dumb blonde tapi tak faham maksud perkataan itu," katanya.

Jika perwatakan luarannya yang mudah tertawa, karakter itu tidak bermakna dia jenis wanita yang tidak boleh berfikir dengan bijak.

"Kalau nak berlagak, saya boleh tunjuk pandai tapi itu bukan sifat saya. Kalau orang kata saya lembut dan tidak tegas, memang saya begitu. Rasanya cukuplah saya jadi diri sendiri. Kalau saya gemar ketawa sekali pun, salah ke?

"Untuk apa saya kena tunjuk muka angkuh semata-mata mahu dilihat bijak atau disegani.

"Kalau nak berangan pandai, saya boleh sahaja cakap dalam bahasa Perancis tiap-tiap hari, tapi untuk apa? Hidup saya setakat ini okey, tidak ada perkara yang perlu saya sedihkan," ucapnya.

Terdetik juga di hati, mungkin bagi sesetengah pihak, apa yang dituturkan itu sekadar gurauan biasa. Bahasa penulisan sesetengah media yang menerbitkan artikel itu pula dianggapnya sebagai pengisi cerita untuk menjadikan ia menarik ditatap pembaca.

"Saya kena faham permainan dunia artis. Dua filem saya ditayang secara berturutan. Mungkin sebab tiada cerita lain, jadi isu itu yang sengaja diangkat. Saya masih okey. Apabila masih ada yang bercakap tentang saya maksudnya saya masih ada dalam perhatian mereka," simpulnya ringkas.

Menoleh kehidupan peribadinya selama bergelar pelakon, pucuk muda berusia 24 tahun ini sudah melalui episod kontroversi yang menjengkelkan. Kisah perang dingin bersama bintang popular, si cantik Neelofa sudah diselesaikan secara terhormat.

Dia kelihatan menurunkan serendah-rendah egonya. Dia telah meminta maaf dan mengakui kesalahan agar kes tidak berlanjutan ke mahkamah.

-Kosmo

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive