Pengikut Boyzzonne

Saturday, December 22, 2012

Julia Perez Mohon Maaf, Komen Twitter Disalahertikan

12212012_jupejawab-a

Pihak syarikat produksi filem Sentuhan Malam Pertama, Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd. (NSK) akui bahawa aktres Julia Perez atau Jupe telah menyatakan kekesalannya berhubung posting tweet yang dibuat di akaun twitternya hingga

menimbulkan kemarahan Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi serta seluruh rakyat Malaysia.
Ketua Pemasaran dan Perniagaan NSK, Sofiyant Rahman berkata, Julia Perez telah menyatakan sendiri kekesalannya itu menerusi emel yang dihantar kepada pihaknya. "Kata Julia Perez dia tidak menyangka bahawa komen yang dibuatnya di dalam posting tweetnya itu telah disalahertikan hingga mengundang kemarahan banyak pihak. Dengan itu, dia ingin memohon maaf kerana bukan niatnya untuk melukakan semua pihak terhadap posting tweetnya itu, apatah lagi bersikap kurang ajar dengan Zed Zaidi.
"Apapun, kami sudah pun berjumpa dengan Zed Zaidi untuk memohon maaf tentang hal ini dan sekarang ini, Julia Perez pula mahu meminta maaf bagi pihaknya sendiri," katanya.  Berikut adalah isi kandungan emelnya: "Komen saya bagi saya telah salah diertikan walaubagaimana pun saya minta maaf kepada sesiapa saja sekiranya ianya telah melukakan perasaan anda, khusus kepada rakan industry yang dihormati dan peminat kesayaang saya.


"Saya berterima kasih kepada Industri Filem Malaysia sudi memberi peluang kepada saya, yang saya terima untuk melibatkan diri saya kerana kepercayaan saya dengan penuh hormat padanya. "Selebriti Indonesia mempunyai ramai peminat Malaysia yang menyanyangi mereka dan selebriti Malaysia sentiasa di terima dan di sayangi oleh peminat di Indonesia. Peluang kerjasama rentas di antara kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia harus di beri peluang untuk berkembang , itu adalah satu keinginan saya secara peribadi."
Terdahulu, pihak NSK telah mengundang Julia Perez untuk datang ke Malaysia untuk melihat sendiri bagaimana pembikinan filem Sentuhan Malam Pertama arahan Murali Abdullah dilakukan dan Julia Perez turut dilamar menjadi pelakon undangan dalam filem tersebut. Namun berikutan posting tweetnya yang dianggap sebagai biadap serta perang twitter dengan Zed Zaidi, dia kemudian disahihkan tidak mempunyai permit kerja di Malaysia.

Mengakui ianya sebagai kesilapan mereka, pihak NSK kemudian memberitahu bahawa permit kerja itu sudah pun dibuat dan menunggu masa untuk memperolehinya dan kedatangan Julia Perez ke sini hanyalah untuk melihat bagaimana pembikinan dibuat dan bukannya menjayakan penggambaran filem tersebut. Sebaliknya, penggambaran yang melibatkan Julia Perez hanya akan bermula setelah dia memperolehi permitnya itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive