Pengikut Boyzzonne

Friday, December 21, 2012

Penyanyi Berimej Pelik Nicki Minaj Salahkan Pasar Raya Album Tak Laku

Penyanyi berimej pelik, Nicki Minaj menyalahkan rangkaian pasar raya besar di seluruh Amerika Syarikat sebagai punca album terbarunya, Pink Friday: Roman Reloaded - The Re-Up tidak laris di pasaran seperti yang diharapkan.


Minaj sewaktu ditemubual sebuah stesen radio berkata, pasar raya-pasar raya utama tidak mahu mengambil risiko dengan memasarkan albumnya.

"Pasar raya Target, Walmart dan Best Buy seharusnya dipersalahkan. Mereka tidak meletakkan album saya dalam kuantiti besar kerana menurut mereka, album sebelum ini tidak laris jualannya," kata penyanyi itu.

Album kedua penyanyi itu, Pink Friday: Roman Reloaded muncul sebagai peneraju carta Billboard sewaktu dilancarkan dengan jualan 253,000 salinan pada minggu pertama.

Namun begitu, album terbarunya Pink Friday: Roman Reloaded - The Re-Up tidak mendapat sambutan seperti album terdahulu.

"Sungguhpun jualannya tidak seperti diharapkan, saya tetap berpuas hati kerana lagu baru saya itu sudah berada di pasaran," tambahnya.

-Utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive